SAHAM AKHIRAT UNTUK SAYA

PEMBINAAN PUSAT TARBIYAH BATU RAKIT MEMERLUKAN RM 2 JUTA UNTUK KOS PEMBINAAN KESELURUHAN BANGUNAN
Sejarah awal penubuhan Pusat Tarbiah Islamiah Batu Rakit (PUTIBAR) bermula apabila diputuskan dalam mesyuarat majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) pada tahun 2016.
PUTIBAR akan menjadi sebuah pusat pentadbiran, pusat pengajian ilmu dan pusat aktiviti masyarakat setempat di daerah Batu Rakit.
LOKASI PUTIBAR
Lot 13083, Jalan Pecah Rotan, Kampung Darat Batu Rakit, 21020, Kuala Nerus, Terengganu.
Setelah mendapat lokasi dan tanah yang telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah, pembinaan terus dilakukan bagi menyiapkan pusat ini. Bermula dengan pencarian dana bagi menampung segala keperluan hari mendatang. Kutipan dana pembangunan berjaya dikumpul melalui kuliah, sumbangan bulanan daripada ahli jamaah dan penyediaan tabung-tabung derma di kedai-kedai dan pasar malam melalui kaedah kutipan dana.
Dengan usaha pengumpulan dana yang perlahan dan berterusan, pembinaan PUTIBAR akhirnya diputuskan untuk dibina dengan kemampuan kewangan yang ada secara gotong royong oleh masyarakat.
Pembinaan terus berjalan, ada masanya terhenti kerana kekurangan dana. Diteruskan kembali apabila ada kewangan terkumpul, begitulah kronologi yang boleh digambarkan tentang pembinaan bangunan PUTIBAR ini.
Hasrat tetap satu iaitu menjadikan PUTIBAR sebagai pusat dakwah, tarbiah, ilmu dan aktiviti masyarakat setempat bagi melahirkan generasi yang berilmu dan cintakan Islam seterusnya dapat menyemai semangat jihad dalam mendirikan syariat Islam nanti.
KOS DIPERLUKAN
Kos keseluruhan yang diperlukan bagi menyiapkan bangunan ini adalah sebanyak RM2 Juta. Kos ini meliputi kos-kos barangan asas pembinaan dan kos upah kepada kontraktor.
Pihak kami juga mengalu-alukan daripada pihak tuan untuk barangan keperluan asas seperti simen, kayu, pasir dan batu-bata. Segala keperluan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui barangan yang diperlukan.
Pusat Tarbiyah Islamiyah Batu Rakit yang dahulunya terbiar kini telah dimulakan semula pembinaan hasil sumbangan tuan puan semua.
STATUS TERKINI PEMBINAAN PUTIBAR [2 FEBRUARI 2021- FASA 2]
✅ Plaster Dinding, Slab & Frame (Kos : RM 80,000)
✅ Pasang Paip Untuk Tandas - 4 Buah (RM 4,000)
✅ Ikat Bata & Siapkan Tingkat Konkrit di Tingkat 1 (RM 5,500)
✅ Plaster Lantai (RM 21,000)
✅ Tangki Najis & Mainhole (RM5,000)
✅ Paip Air Dari Meter ke Tangki (RM 20,000)
✅ Bina Pentas (RM4,000)
✅ Ubah Suai Bilik Air, Singki Depan & Paip (RM2,000)
KOS KESELURUHAN TERKINI PEMBINAAN : RM141,500
Namun begitu, sasaran pembinaan masih lagi tak tercapai kerana dana yang tidak mencukupi serta kos bahan binaan serta upah yang meningkat.
GAMBARAN PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN
Alhamdulillah, dengan keikhlasan huluran daripada para dermawan, semakin hari semakin rancak pembinaan bangunan PUTIBAR ini.
SESUNGGUHNYA, SUMBANGAN TUAN PUAN INI ADALAH SANGAT DIHARGAI DAN INSYAALLAH AKAN MENJADI SAHAM AKHIRAT KITA BERKAT PAHALA WAKAF DEMI KEBAIKAN ORANG RAMAI.
